Ahad, 11 Januari 2015

Diperakui oleh MARDI dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)





Kajian khusus telah dilakukan oleh saintis di MARDI dan Universiti Malaya dimana hasilnya telah menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan MARDI Serdang menunjukkan bahawa kandungan Asid fenilpropanaoik, Asid protocatechuik dan juga bahan seperti Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti berada dalam madu kelulut.

              Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan Asid fenolik bebas dimana kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak (g/g) daripada berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan. Laporan juga mendapati bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

             Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan secara khusus yang madu memang mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal yang telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan, madu berupaya menurunkan glukosa dan ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan