Ahad, 18 Januari 2015

MANFAAT MADU – MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN



Madu telah digunakan sebagai bahan untuk membantu memudahkan proses kelahiran di negeri China. Caranya adalah dengan menjadikan madu sebagai cairan pada otot dengan tingkat tumpuan sebanyak 80%.

Di China, para pakar telah mengetahui bahawa salah satu faktor kelancaran dalam melahirkan bayi bagi ibu hamil adalah dengan mengambil madu. Proses terjadinya pembukaan liang juga menjadi lebih cepat. Hal ini boleh terjadi kerana madu mengandungi zat yang disebut prostaglandin. Zat tersebut dapat mempercepatkan regangan pada rahim dan membuatkan leher rahim melebar. Ia menyebabkan proses melahirkan menjadi mudah sekali.

Madu juga dapat membantu ibu semasa menjalani masa-masa nifas. Amat penting sekali untuk makan madu pada masa nifas, kerana madu mempunyai zat gizi yang tinggi dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu semasa menyusu. Doktor di Jepun menyarankan untuk memakan madu setiap hari bagi ibu-ibu selama menjalani masa nifas.

Antara manfaat madu bagi ibu hamil ialah:

a.      Mengurangkan rasa mual pada masa kehamilan.
b.      Menambah selera makan bagi ibu hamil.
c.      Melindungi janin dari keracunan.

Sumber: Haviva A.B - Dahsyatnya Mukjizat Madu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan